Advertisement
Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Bila bercakap pasal masjid kita akan terus nampak kubah besar dan menara muezzin. Ini ialah rupa default kebanyakkan masjid di seluruh dunia. Masjid Djenné yang terletak di Djenné , Negara Mali tidak kelihatan seperti masjid biasa dan ini membuatkan ianya kelihatan sangat unik.

Mula dibina pada kurun ke 13 masjid ini melalui pelbagai proses pembesaran dibawah pemerintahan Sultan Mali.Sebelum beliau memeluk Islam Masjid Djenné merupakan istana beliau. Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru bersebelahannya. Selepas beberapa ratus tahun Masjid mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75x75 meter. Ianya dibina sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggil FEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenné ialah bangunan diperbuat daripada lumpur terbesar didunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.

Apa yang menariknya bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit diatas kubah, Masjid Djenné, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenné enggan merubah dan mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.

Dibawah ialah beberapa gambar Masjid Djenné yang aku jumpa melalui Google. Enjoice!





Seorang artis seni Arab Saudi mencatat nama dalam Guinness World Records apabila dia mempamerkan koleksi patung kertas buatan tangan terbesar secara serentak.


Koleksi tersebut dipamerkan dekat Pusat Seni Maraya di sini kelmarin.

Artis seni berkenaan, Amnah Al-Fard yang mencipta rekod baharu itu dengan mempamerkan 1,145 anak patung kertas.


"Rekod ini adalah untuk pameran patung kertas buatan tangan terbesar di sesuatu tempat.

"Setiap patung itu berbentuk tiga dimensi (3D)," kata seorang pengurus Guinness World Records, Talal Omar kepada saluran berita Gulf News.


Kesemua 1,145 patung itu memiliki ketinggian antara 5 hingga 7.6 sentimeter tinggi dan dipamerkan sejak 7 Julai lalu.

Kejayaan itu merupakan hasil kerja keras Amnah sejak dua tahun lalu. Setiap patung itu mengambil masa tiga jam untuk disiapkan dan sehari untuk dikeringkan.


Amnah berkata, dia mengambil masa selama 3,435 jam untuk menyiapkan projek berkenaan dengan menggunakan 76,200 sentimeter kertas dan 4.5 kilogram gam.


Kata Amnah , dia berasa gembira kerana berjaya mencipta satu rekod baharu dunia.



Tong sampah diubah suai menjadi sebuah rumah.

Ianya dihasilkan oleh artis Gregory Kloehn yang berasal dari San Francisco. Rumah mini ini mempunyai tandas, dapur dan bilik mandi.

Gregory mahu menjual rumah tong sampah beliau ini pada harga GBP 5000 (RM 25 000) sebuah. korang sanggup?





Redhongyi Artis berbakat dari Sabah ini pernah manghasilkan bendera dari makanan dan seni di dalam piggan. Hari ini mari lihat beliau menghasilkan lukisan burung menggunakan kelopak bunga. Sila follow RedHongyi di Instagram.






Sumber