Advertisement
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori

[Kebenaran Al-Quran Misteri Binaan Piramid Terjawab Part 1] yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”

(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Wallahu’alam….

-Sumber
MARANG – Seorang pemuda berusia 29 tahun berputih mata dan rugi lebih RM40,000 apabila ditipu seorang gadis yang dikenalinya sejak dua tahun lalu di ruang sembang disediakan dalam telefon bimbitnya.

Malah pemuda terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari, 29, berkata, gadis dikenali dengan nama Puteri itu berjanji untuk hidup bersama dan mereka juga merancang melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu.

Mangsa membuat laporan agar Puteri dapat dibawa ke muka pengadilan dan berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pengajaran.

“Namun, apabila masanya tiba, Puteri memberi pelbagai alasan termasuk memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan. Apabila saya ajak bertemu ketika kami berbual dalam talian, dia juga sering menolak dengan pelbagai alasan.

“Selepas itu, baru saya sedar saya telah ditipu dan menjadi mangsa Puteri,” katanya yang telah menghabiskan lebih separuh daripada wang pampasan kemalangan berjumlah hampir RM70,000 diperoleh pada Disember tahun lalu.

Berikutan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu membuat laporan polis di Balai Polis Marang agar gadis terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan, selain berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Mohd Zahari berkata, walaupun agak mustahil untuk mendapatkan semula wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun kekasih sibernya itu, namun dia masih berharap wang tersebut dapat dikembalikan semula kepadanya.

“Saya merayu Puteri pulangkan semula wang yang telah diberikan itu termasuk wang yang diberikan untuk tujuan persiapan majlis perkahwinan walaupun saya tahu mustahil untuk mendapatkan semula wang itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa.

-Sumber
BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.

“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.

“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.

Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.

-Sumber
JOHOR BAHRU - Malam Ambang Merdeka, kelmarin, dicemari perlakuan sumbangan pasangan bukan mahram di hotel bajet di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan di Masai dan Skudai oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), seramai 22 individu dicekup.

Gambar Hiasan

Lebih menyedihkan, seorang ibu lima anak yang mendakwa ditinggalkan suami, ditangkap buat kali kedua bersama lelaki warga Bangladesh ketika serbuan di Taman Scientex, di sini.

Dalam serbuan berasingan, anggota operasi Jaij yang turut dibantu PDRM menahan sepasang remaja berusia 19 dan 22 tahun di Taman Nusa Damai, di sini.

Lelaki yang berkerja sebagai operator kilang itu memberi alasan mahu bertemu teman wanitanya iaitu seorang pelajar IPT selepas sekian lama tidak berjumpa.

-Sumber
KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


-Sumber
Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah.


Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Pernah terdetik ingin menggunakan tudung labuh suatu masa dulu tapi kerana ingin ikut trend shawl, pashmina ala hana tajima, niat itu terkubur.

Balik dari solat berjemaah malam itu, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true!

Seperti rancangan Allah yang Maha Bijaksana, setiap hari Jumaat aku akan ‘ stayout ‘ ke rumah kakak ku berdekatan IPTA. Sambil mengisi masa cutiku bersama anak buah yang baru dilahirkan, aku dapat menjimatkan belanja. Sambil menyelam, minum air. Hehe. Tapi itu bukan lah persoalannya. Kakak ku seorang muslimah yang juga menggunakan tudung labuh. Suatu hari, dia keluar bersama suaminya untuk membeli barang dapur dan meminta aku untuk menjaga anaknya. Semasa sedang menidurkan anak kecil itu, mataku terpana pada sehelai tudung labuh hijau milik kakak ku yang tergantung di penjuru biliknya. Selesai sahaja anak buahku tidur, aku ambil tudung labuh itu dan memakainya. Aku melihat di depan cermin. Subhanallah. Aku melihat diriku sangat perlukan tudung ini sebagai pelindung. Aku terkedu lalu menangis. Ya Allah, kalau inilah yang Engkau rancangkan untukku, permudahkanlah langkah ku dalam perjalanan menjadi seorang muslimah sejati kelak. Aminnnn!

Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. Selepas kesedaran itu, setiap hari yang aku lalui seperti mengajak ku untuk yakin menggunakan tudung labuh itu. Aku log in account Facebook ku, 1st status yang aku lihat berkenaan wanita yang solehah. Ia makin menguatkan aku untuk teruskan niat suci ini.

Aku teruskan pencarian artikel tentang aurat, wanita solehah dan khususnya tips permulaan untuk menggunakan tudung labuh. Keyakinan ku bertambah dengan sebuah hadis yang mengatakan, seorang ayah boleh menjadi lelaki dayus sekiranya melihat saja anaknya tidak menutup aurat, something like that. Aku terkedu. Ya Allah, mana mungkin aku sanggup sekiranya ayahku terpaksa undurkan kaki bila dirinya layak ke JannahMu. Aku tidak sanggup. Aku mahu dia merasakan nikmat JannahMu dengan amalan dan redhaMu. Aminn!

Dengan keyakinan dan pertolongan Allah, aku kuatkan diri juga menggunakan tudung labuh untuk pertama kalinya. Pada masa itu ialah hari pertama peperiksaan akhir semester 1. Banyak yang bermain di fikiran tapi semua berjaya aku hadapi dengan mengingati Allah SWT sahaja. Ada yang menyindir, memuji, tidak kurang juga yang memandang serong. Namun aku kuatkan diri juga, kerana aku tahu hari itu akan berlalu tapi tidak azab yang menanti di sana. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah untuk kekuatan ini.

Hari kedua menggunakannya, aku semakin selesa. Seorang kawanku bertanya, kalau-kalau aku berasa panas dengan stoking tangan dan kaki. Ingin aku katakan, azab di sana lagi panas tiada lawannya, namun demi menjaga hatinya aku simpankan sahaja di dalam hati. Aku hanya tersenyum dan berdoa, semoga kelak dia juga mendapat hidayah yang manis ini, aminn.

Dulu sebelum menggunakan tudung labuh, aku hanya solat fardhu sahaja, dan kadang-kadang tertinggal solat Subuh. Alhamdulillah, tudung ini sangat memberi inspirasi untuk sesuaikan penampilan dengan ibadah. Aku mula mencari artikel tentang solat sunat, zikir-zikir, menghafal doa iftitah semula, puasa yang sunat boleh dilakukan. Dan aku mula berjinak-jinak dengan dakwah di FB, twitter dan juga blog khususnya. Walaupun bukan berilmu sangat, aku tertarik dengan ayat ini, ‘’ sampaikanlah walau sepotong ayat ’’ dan juga ‘’ bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantumu ‘’ . Aku pegang kata-kata ini, dakwah itu amanah. Walaupun sering di ejek oleh kawan-kawan di FB, aku ambil sebagai pembakar semangat sahaja. Aku Cuma tidak ingin dipersoalkan di akhirat kelak.

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.
Kisah ini sebenarnya adalah kisah nyata yang terjadi dalam hidupku malam tadi.Aku memang tak menyangka sama sekali dapat main dengan seorang makcik bergelar hajjah.Makcik hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang kawan/jiran satu tempat tinggal denganku.Walaupun isteri kepada kawan,tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu.Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain.Maklumlah makcik hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah,bekerja pula guru mengaji Al-Quran di tempat tinggal kami.Memang layaklah dia dipanggil hajjah berbanding dari nama sebenarnya.


Makcik hajjah ni orangnya sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah.Umurnya pula dalam lingkungan 50 an,tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah masuk 50 sebab makcik hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda.Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik,berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif.Lagipun,badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh,tidaklah nampak gemuk dan layu macam makcik-makcik lain.

Cerita aku dan makcik hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami.Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri.Nak dijadikan cerita,malam tu juga makcik hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner ngan orang lain.Melihat makcik hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh,hanya duduk menunggu suaminya,jadi daripada aku sendiri-sendiri,aku cuba ler ajak makcik hajjah tu main ngan aku.Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.

Mula-mula makcik hajjah tu menolak,katanya dia tak berapa pandai.Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat,tak sangka pulak dia setuju.Jadi mulalah kami main berdua.Walaupun makcik hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat.Lelah aku mengikut rentak permainannya,sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.

Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya.Memang makcik hajjah ni cergas dan hebat.Banyak juga skil-skil main yang dia tahu.Sampai 3 round kami main.Round pertama aku bermandi peluh.Memang lenjun habis aku dikerjakan makcik hajjah.Aku bagi dia ambil,dia bagi aku ambil.Round kedua,makcik hajjah pula lelah aku kerjakan.Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku.Begitu juga round ketiga,hingga akhirnya makcik hajjah tewas juga dengan permainanku.

Bila selesai main,makcik hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air,dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh,kami duduk melepaskan penat lelah.Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah,kami berbual dan bercerita.

Ini antara perbualan kami berdua..

Makcik hajjah: Wah!hebat engkau ni ya,penat makcik engkau kerjakan.

Aku: Makcik pun sama.Berpeluh-peluh saya.

Makcik hajjah: Biasa makcik main 2 round je.Dengan engkau sampai 3 round.Seronok pulak.

Aku: ye ke?Makcik nak main lagi?

Makcik hajjah: Tak larat dah makcik malam ni.Malam esok kita main lagi.

Aku: Ye lah cik,senang-senang kita main lagi.Best main dengan makcik ni,macam..

Makcik hajjah: Macam apa tu?(belum habis cakap makcik dah menyampuk)

Aku: Kita main tadi tu kan cik.. lebih kurang cam Chong Wei main sama Lin Dan cik.

Makcik hajjah: Chong wei sama Lin Dan?

Aku: Ala masa diaorang main kat London baru-baru ni.

Makcik hajjah: Ooo...yang itu.Ada makcik tengok..tapi lupa pulak makcik kejohanan apa tu..

Aku: Kejohanan badminton dunia cik.Kan 3 round juga diaorang main.Sama cam kita main tadi,3 round.

Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering,aku pun meminta diri untuk pulang dulu.Sementara makcik hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke 3(set penentuan) dengan partnernya.

Dalam perjalanan pulang,aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru.Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang 'boleh lawan' macam makcik hajjah.