Advertisement
Gambar Hiasan


Mungkin cara dan gaya pakaian saya menyebabkan dua golongan itu salah sangka.
Bagaimanapun, hasrat di hati ingin berubah tetapi biarlah perlahan-lahan.

Tambahan pula saya ada ramai kenalan lelaki dan persekitaran kerja menyebabkan saya tak mahu melakukan perubahan secara drastik.

Saya pernah menyimpan rambut hingga paras bahu namun diejek rakan sekerja lelaki, menyebabkan saya terus mengguntingnya. Saya malu untuk berubah meskipun jauh di hati memang mahukannya.

Umur lewat 20-an juga menyebabkan saya ingin berubah dan mempunyai teman lelaki. Sekali lagi apabila saya meminta nasihat rakan serumah, mereka memperlekeh saya.

Saya terasa seolah-olah keadaan tidak membenarkan saya berubah. Mungkin nasib badan saya tertulis sebegini.

YAYA
Muar, Johor

Perubahan tidak selalunya menerima maklum balas positif daripada individu di sekeliling.

Ada kalanya pelbagai pihak yang melihat perubahan saudari memberi persepsi berbaur negatif hingga usaha itu berakhir di pertengahan jalan.

Namun lebih molek jika saudari menganggap ia sebagai cabaran yang perlu ditempuh, sekali gus membantu meyakini diri dengan perubahan yang ingin dilakukan berbanding terus menyerah.

Personaliti saudari yang ‘kuat’ dan tahan lasak boleh menjadi perisai ketika berdepan individu sebegini.

Melengah-lengahkan menukar perwatakan ‘tomboi’ kepada feminin merugikan diri sendiri.

Dibimbangi apabila saudari terus kekal dengan perwatakan itu, cabaran lebih besar bakal menyekat saudari daripada berubah.

Anggaplah perubahan perwatakan sebagai perkara positif supaya usikan nakal rakan tidak memberi kesan mendalam kepada emosi saudari.

Selain itu, cari rakan yang boleh menjadi pendorong apabila menerima tekanan daripada individu yang tidak peka dengan keutamaan saudari.

Minta sokongan keluarga kerana mereka lebih ‘masak’ dengan tingkah laku dan mempunyai pandangan lebih tepat mengenai diri saudari berbanding rakan.
Saya seorang guru dan ingin meminta pandangan berkaitan masalah rumah tangga. Saya sudah berkahwin hampir lima tahun. Saya mencintai suami sepenuh hati.

Masalah saya, suami mempunyai hobi suka berfoya-foya. Dia mengaku hal ini. Sebelum ini saya cuba memberi nasihat dan bersabar, tetapi dia tak pernah berubah.

Kami tidak mempunyai anak, malah pemeriksaan doktor mengesahkan sperma suami tak normal.

Saya kecewa dengan sikap suami. Malah, sehari sebelum berangkat ke tanah suci untuk melakukan umrah beberapa bulan lalu, dia masih sempat berfoya-foya dengan perempuan lain di tasik selain berjanji keluar makan bersama.

Gambar Hiasan

Kami pernah bertengkar sehingga saya masuk ke hospital. Saya tertekan mendapat tahu suami berjanji bercuti dengan kekasihnya di Genting Highlands.

Mereka sudah setahun bercinta dan ingin bertunang sedangkan saya menunggunya di rumah. Suami memberikan alasan kerja tak boleh balik.

Buat pengetahuan Dr, saya sanggup susah bersamanya walaupun setengah tahun perkahwinan dia tidak memberi nafkah.

Selepas itu saya menerima nafkah melalui potongan gaji kerana suami tentera. Selama berkahwin saya menggunakan duit sendiri untuk perbelanjaan dapur.

Malah, saya keluarkan duit membeli motosikal untuknya kerana kewangannya tak stabil. Suami selalu minta duit setiap bulan. Kadangkala gajinya sudah habis dalam masa seminggu.

Ada ketika setiap minggu dia akan minta duit. Jika keluarganya juga memerlukan duit, dia akan minta daripada saya.

Sekarang dia bertugas di luar negara. Saya minta dia tinggalkan saya secara baik, tetapi dia tak mahu lepaskan saya. Alasannya dia malu jika orang lain tahu sikapnya yang sebenar dan berjanji untuk berubah.

Bagaimanapun, kepercayaan saya padanya kini sudah hilang. Sukar untuk saya teruskan hidup bersamanya selepas dikhianati berkali-kali.

Saya cuba memberitahu ibunya kes terbaru, tapi ibunya tak percaya. Malah, keluarganya menganggap saya cemburu.

Untuk menghadapi masalah ini saya selalu melakukan solat Istikharah minta diberikan petunjuk, tetapi tak nampak apa-apa. Saya tak boleh salahkan suami, mungkin apa yang dia kehendaki tiada pada saya.

Saya hendak dia bahagia, tapi tak boleh memaksa diri untuk terus begini lagi. Saya mohon nasihat Dr.

Isteri buntu
Kuala Lumpur

Puan boleh memohon untuk memfasakhkan perkahwinan di mahkamah syariah dengan mengemukakan alasan di atas. Alasan berkenaan diterima syarak.

Namun, satu lagi pilihan, puan juga boleh bersabar dengan keadaan yang ada dan menerimanya sebagai ujian Allah kepada puan.

Pilihan pertama lebih baik jika ia membawa kebaikan kepada puan sendiri. Bagaimanapun, fikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum mengambil sebarang keputusan agar tidak menyesal kemudian hari.
“Sudah masuk empat kali lelaki datang meminang tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh mak. Alasannya kerana lelaki itu tidak mempunyai kerjaya kukuh seperti pegawai tinggi dan belum memiliki rumah. Sepanjang itu juga saya cuba mencari pasangan kerana timbul pula rasa risau melihat kawan-kawan yang sudah bahagia dengan keluarga dan anak-anak.

“Tapi sayangnya, rasa fobia dan trauma untuk mengenali lelaki pula wujud dalam jiwa. Mana tidaknya, kalau sudah terlanjur sayang dan tiba-tiba mak masih tidak menerimanya, boleh jadi gila nanti,” kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Azura yang kini menginjak usia 30 tahun.

Sejak usia remajanya lagi, Azura berdepan masalah dengan mak dan ayahnya yang terlalu memilih dan cerewet untuk merestui pasangan hidupnya. Ada saja syarat dan kriteria yang ditetapkan, kononnya demi kebahagiaan dan jaminan masa depan.

Gambar Hiasan

Ketika di usia 18 tahun hingga tamat universiti, alasan mak masih relevan dan boleh diterima akal kerana ingin melihatnya menamatkan pengajian dulu dan tidak mahu soal cinta mengganggu pelajaran.

Mengenali seorang lelaki ketika mula bekerja masih juga ditolak kerana mak berpendapat biarlah dirinya merasa puas mencari duit poket sendiri dan memberi laluan kepada mana-mana lelaki untuk mengukuhkan kewangan diri sebelum berkahwin.

Tapi hingga usianya kian meningkat ini, mak Azura masih ada saja alasan kononnya tidak yakin lelaki yang datang mendekatinya mampu membahagiakan anak gadisnya ini dengan sempurna.

Jelas Azura, selepas lama tersepit dengan kemelut tiada penyelesaian ini dan berkali-kali perasaannya seakan dipermainkan, hatinya tertutup dan takut untuk mendekati lelaki.

“Bayangkan, banyak kali rasanya saya menangis kerana kecewa. Sudah sayang dan yakin dengan teman lelaki, tiba-tiba mak tak izinkan dan menolak sekeras-kerasnya. Tak mungkin saya sanggup melawan kehendak mak yang membesarkan saya selama ini.

“Ada saja alasan mak untuk tidak membenarkan saya berkahwin dengan mana-mana lelaki yang dilihat kurang sesuai di matanya. Masalahnya, semua lelaki itu tidaklah teruk mana dan masing-masing sudah pun mempunyai kerjaya stabil dan mampu menjamin sara diri.

“Tindakan mak membuatkan saya menjadi takut untuk bercinta atau membuka ruang kepada mana-mana lelaki. Kalau mak tak setuju nanti, saya yang merana kerana terpaksa memutuskan hubungan.

“Lebih baik saya serahkan pada takdir dan sebolehnya menjauhkan diri dari lelaki kerana bimbang akan membuatkan mereka pula kecewa,” katanya.

Bimbang ‘lepaskan’ anak

Ada juga alasan lain yang acap kali diberikan oleh mak dan ayah termasuk berlainan negeri dan berbeza budaya. Contohnya mak menghalang jika anak gadisnya bercinta dengan lelaki kelahiran Kelantan atau pun Kedah kerana bimbang nanti anaknya akan susah untuk pulang beraya.

Malah ada juga lelaki yang berdepan masalah ini kerana mak dan ayah terlalu sayangkan mereka dan tidak mahu anaknya berkongsi kasih dengan individu lain. Kebiasaannya ‘anak mak’ akan lebih cenderung menghadapi kemelut ini.

Ada juga anak lelaki yang terikat dengan tanggungjawab membantu keluarga dulu dan selalunya mereka yang berasal dari pedalaman atau dibesarkan oleh ibu tunggal. Mak akan mengharapkan anak lelakinya itu memikirkan soal keluarga dan adik-beradik terlebih dulu sebelum sibuk memikirkan soal cinta dan teman wanita.

Azura menjadikan teman-teman baiknya sebagai alternatif melepaskan tekanan yang bersarang dalam jiwanya. Pelbagai nasihat yang diterima namun semuanya tidak boleh diguna selagi mak dan ayah berkeras dengan pendirian mereka.

“Kalau pergi ke rumah kawan-kawan universiti atau rakan sekerja, memang saya akan terasa hati kerana melihat kebahagiaan mereka bersama keluarga dan anak-anak. Teringin sangat rasanya untuk mempunyai keluarga sendiri.

“Semuanya sudah ada, baik harta dan kewangan, fizikal dan kesihatan juga sudah membenarkan saya mendirikan rumah tangga. Tapi sayang mak dan ayah pula cerewet dan tidak mudah mengizinkan saya berkahwin,” katanya lagi.

Ada benarnya juga kata Azura. Ada saja nasihat atau langkah penyelesaian tidak boleh diguna pakai kerana masalahnya ini bergantung kepada budi bicara si mak dan ayah. Mungkin orang tua pula perlu dinasihatkan oleh rakan sebaya mereka agar sedikit sebanyak boleh juga diterima pakai.

Tapi kemelut ini bukanlah berakhir dengan jalan buntu sebaliknya sesiapa saja yang berdepan masalah sama seperti Azura masih boleh berusaha mencari jalan terbaik untuk berkomunikasi dengan mak dan ayah.

Semuanya kini bergantung kepada bagaimana cara dan gaya untuk anda bersemuka dengan mak dan ayah menjelaskan perasaan di hati.

Halangan si cerewet

Isu kahwin lari dan membelakangkan keluarga sudah biasa kita dengar. Lebih 80% daripada punca masalah itu adalah desakan ibu bapa yang terlalu cerewet dan tidak merestui hubungan mereka.

Adakah mak dan ayah mahu melihat anak mereka berkahwin dengan cara yang salah?

Itu adalah alasan terbaik yang boleh digunakan. Soal jodoh dan tuntutan batin adalah sesuatu yang normal bagi manusia dan kejadian itu tidak sepatutnya disekat atas alasan yang tidak munasabah.

Jika sudah lengkap dengan aspek fizikal dan mental, sempurna pada soal kewangan dan harta, maka itu bermakna seseorang sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia digalakkan untuk mengelakkan maksiat dan dosa lain.

Justeru mengapa ada lagi unsur lain yang cuba menghalang?

Tapi apabila ia dihalang oleh ibu bapa yang cerewet seperti ini, masih ada cara lain yang boleh dilakukan bagi menyelesaikannya dengan cara baik. Seperti kata orang tua, tarik rambut dalam tepung, rambut dapat dan tepung juga tidak berselerak.

Perlu ada komunikasi yang baik, pujuk dan merayu dengan alasan yang kukuh bagi meyakinkan orang tua kita akan masa depan dan kepentingan untuk mendirikan rumah tangga.

Jangan sampai wujud pula rasa trauma dan fobia seperti mana Azura kerana tidak mahu lagi dikecewakan atau mengecewakan mana-mana lelaki yang bergantung harap. Itu sudah kronik dan fasa yang membahayakan.

Mana tahu, ia boleh mendorong kepada sakit jiwa dan otak pula. Ia bukan mustahil kerana sudah banyak kes direkodkan membabitkan pasangan kekasih yang kecewa hingga melarat menjadi masalah mental.

Doa dan sembahyang jangan sekali putus kerana Tuhan mendengar dan sangat memahami. Insya-Allah jika benar tujuan dan permintaan itu, ada jalan cuba dibuka. Mohon agar hati mak dan ayah dilembutkan dan berikan sedikit keyakinan kepada mereka yang masa depan anda terjamin.
Alor Setar: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

YUSOF menunjukkan cara Arshad bersandar ke dinding masjid sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-Sumber
Gambar Hiasan

Subhanallah memang menarik kisah ini sangat simple dan mudah difahami.Jadi kepada pembaca mohon share kepada rakan anda setelah membacanya.berikut petikan perbualan seorang lelaki bukan islam yang yakin soalanya terlalu sukar untuk di jawab.Namun sangkaannya salah dan meleset apabila dengan mudahnya seorang ustaz menjawap soalan beliau.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?

Ustaz: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? SedangkanProfesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. ApakahTuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa awak marah dan tampar saya ?

Ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Ustaz: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Ustaz :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Ustaz :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Ustaz: Itulah yang dinamakan takdir.

Ustaz : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari api danneraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

wassallam.
Menurut Ethnologue, ketika ini terdapat sekitar 6912 bahasa yang dituturkan manusia di seluruh dunia. Namun dari jumlah ini, tahukah anda apakah 10 bahasa dengan penutur terbesar di dunia? Mari kita lihat senarai berikut:

1. Bahasa Mandarin
Jumlah penutur:  1.5 billion


Tak salah lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan manusia di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China ketika ini dianggarkan hampir mencapai 1.4 billion orang. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur bahasa rasmi dalam satu bahasa iaitu Bahasa Mandarin. Belum lagi termasuk imigran Cina di pelbagai penjuru dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-hari.


  • Jenis aksara: Karakter Cina
  • Negara penutur: China, Taiwan, Malaysia, Singapura dan komuniti keturunan China lainnya di seluruh dunia. Bahasa rasmi PBB.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan "Ni hao" (Nee HaOW)


2. Bahasa Inggeris
Jumlah penutur: 500 juta


Inilah bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan sebagai bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi antarabangsa. Sekitar 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa nasional masing-masing.


  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: UK, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei Darussalam,  Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameroon, Kanada, Kenya, Kiribati,
  • Lesotho, Liberia, Malawi, Maldives, Malta, Kepulauan Marshall , Mauritius,Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua Nugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, New Zealand, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Kepulauan Solomon, Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. Organisasi antarabangsa : PBB, Kesatuan Eropa, Persemakmuran, CoE, NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UK, USA, dll.


3. Bahasa Hindi
Jumlah penutur: 497 juta


India memang unik! Bayangkan saja, negara ini mempunyai penduduk kedua terbanyak  di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang Agung, Mahatma Gandhi, tetapi India sebenarnya tidak memiliki bahasa rasmi kebangsaan. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi pertuturan bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional oleh perlembagaannya.


  • Jenis aksara: Devanagari
  • Negara penutur: India, AS, Mauritius, Afrika Selatan, Yaman, Uganda, Singapura, New Zealand, Jerman, Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan Uni Emirat Arab.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan “Namaste” (Nah-MAH-stay).


4. Bahasa Sepanyol
Jumlah penutur: 400 juta


Setelah Portugal menguasai sebahagian besar kawasan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke 15, giliran Sepanyol pula mendominasi wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang bertapak kuat di sana. Ketika ini, Bahasa Sepanyol banyak digunakan sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak dituturkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico. Malah, beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.


  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: Sepanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Guatemala, Honduras, Colombia, Costa RiCa, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Sepanyol, ucapkan: “Hola”.


5. Bahasa Arab
Jumlah penutur: 300 juta orang


Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya ke sejumlah bahasa di Eropah terutamanya bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Parsi memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.


  • Jenis aksara: Arab
  • Negara penutur: Arab Saudi, Aljazair, Bahrain, Chad, Comoro, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Moroco, Nigeria, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Sahara Barat, Yaman, Mauritius, Senegal, Mali. Merupakan bahasa rasmi PBB


6. Bahasa Rusia
Jumlah penutur: 278 juta


Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan Maria Sharapova adalah antara penutur bahasa Rusia yang kita sudah kenal melalui pelbagai media. Namun, selain mereka, terdapat lebih 270 juta orang lain yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.


  • Jenis aksara: Cyrillic
  • Negara penutur: Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova. Merupakan bahasa rasmi PBB.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: “Zdravstvuite” (ZDRAST-vet-yah).


7. Bahasa Melayu
Jumlah penutur: 259 juta


Bahasa Melayu berada pada urutan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang. Hitungan kasar ini diperolehi melalui perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta orang ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebahagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.

8. Bahasa Portugis
Jumlah penutur: 240 juta


Portugal hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah yang pertama sekali melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.


  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Macau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: “Bom dia” (Bohn DEE-ah).


9. Bahasa Benggali
Jumlah penutur: 230 juta


Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geografi yang kecil, tetapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang. Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Benggali. Disebabkan wilayah Bangladesh hampir seluruhnya bersempadan dengan India maka jumlah penutur bahasa Benggali meluas hingga ke beberapa wilayah India.


  • Jenis Aksara: Bengali
  • Negara Penutur: Bangladesh, India
  • Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, katakan “Ei Je” (EYE-jay).


10. Bahasa Perancis
Jumlah penutur: 200 juta


Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dijajahnya. Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.


  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Perancis,  Monaco, Kanada, Switzerland, Belgium, Luxembourg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Afrika Tengah, Chad, Comoro, Kongo/Zaire, Djibouti, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagascar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, New Caleidonia, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Merupakan bahasa rasmi PBB.
  • Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: "Bonjour" (bone-JOOR).





Walaupun beliau pernah terlanjur namun dia ada niat yang baik untuk menyelamatkan orang lain