Advertisement

SENI-SENI LUKISAN ADOLF HITLER (10 GAMBAR)

Advertisement
 Di awal hayatnya, Adolf Hitler mahu menjadi seorang artis. Pada tahun 1907 beliau menghantar beberapa karya beliau ke Academy Of Fine Arts Vienna dengan harapan beliau akan diberi tempat oleh belajar di sana. Permohonan beliau ditolak. Pada tahun 1908 beliau mencuba sekali lagi tetapi kali ini juga beliau gagal. Professor di Academy of Fine Arts Vienna menyarankan Hilter untuk mencuba jurusan senibina beliau tidak layak kerana keputusan akademik yang tidak mencukupi. Selepas kegagalan ini Hitler hidup di Vienna sebagai seorang gelandangan. Para pengkaji sejarah percaya sekiranya Hitler diterima masuk, pemusnahan etnik di Eropah mungkin tidak akan berlaku.

Oleh sebab ini juga selepas Hitler menjadi Fuhrer,beliau memusnahkan lukisan "modern art" yang ada kerana beliau masih butthurt lukisan realistik beliau di bawah dikatakan "tidak cukup bagus". Sepanjang hayat beliau Hitler menghasilkan 723 karya seni berupa catan air dan lakaran. Ada yang dirampas tentera Amerika paska Perang Dunia Kedua dan sehingga kini tidak pernah ditayangkan kepada umum. Karya yang tidak dirampas dilelong pada harga ratusan ribu dillar. Kesemua hasil kerja beliau yang dianggap tidak cukup bagus oleh Academy of Fine Arts kini menjadi buruan pengumpul memoribilia Reich Ketiga.







Apa Komen Anda?

1 comments:

Nice

26 July 2013 at 11:28 comment-delete

Post a Comment